Pages

Wednesday, May 19, 2010

Spaghetti Olio

002
Ok. 1st time rasa dekat Pizza Hut, terus jatuh cinta dengan spaghetti ni. So hari2 macam rasa nak makan spaghetti olio ni. Tapi, kalau dah hari2..mana la nak mampu kan. So i’ve decided to make my own spaghetti olio. Resepi dia sangat mudah! :D Apa yang diperlukan ialah:
Bawang Putih (potong dadu)
Kalau nak pedas sikit, tambah Cili api (potong dadu), atau cili merah (juga potong dadu)
Udang atau sotong (seafood sedap kalau letak)
Kalau ada mushroom boleh letak. Kalau takde pon takpe.
Of course spaghetti!
Minyak
Kiub ayam dan perencah Maggi secukup rasa.
Cara-caranya:
1. Rebus spaghetti dan tuang sedikit minyak dan garam ke dalam periuk. Rebus hingga spaghetti lembut.
2. Toskan spaghetti
3. Tumis bawang putih,hingga kekuningan dan masukkan udang/sotong atau apa2 seafood.
4. Masukkan cili dan tumis selama 3-4 minit. Masukkan sedikit kiub ayam dan sedikit sahaja maggi secukup rasa.
5. Masukkan spaghetti dan gaul. Juka terlalu kering, masukkan sedikit sahaja air dan masak. 3-4 minit.
6. Akhir sekali masukkan sekali lagi sedikit maggi secukup rasa.
Siap! Selamat mencuba!
Ini gambar masakan saya! :D
022

No comments:

Post a Comment